Monday, 3 September 2012
0 Harimau Bintang Tercucuk Besi
Malang Harimau Bintang Tercucuk Besi | Mungkin sebelum ini ada yang perasan, sekeping gambar seorangbudak lelaki yang sedang memanjat pagar tetapi tercucuk besi. Tindakan budak lelaki itu adalah dikatakan cubaan untuk ponteng dari sekolah. Itu hal manusia, kali ini terjadi kepadaseekor harimau bintang apabila ia meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore. Kejadian ini terjadi di New Delhi.
Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.
Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.
Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.
Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.
Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu. Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.
Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.
Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.
Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan. Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment