My Fan Page

Tuesday, 4 September 2012

0 Gaun Perempuan Terpanjang Didunia



Salam. Alahai manusia, sesetengah manusia memakai gaun pengantin dengan keadaan yang 'tidak cukup kain'. Tetapi ini sebaliknya. Gaun pengantin 'terlebih kain' ini dipakai oleh seorang model Romania berusia 17 tahun iaitu Emma Dumitrescu dan juga merupakan gaun pengantin yang paling panjang di dunia.  
Nak tahu berapa panjang gaun pengantin tersebut? Dia memakai gaun sepanjang 3km (tiga kilometer) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit yang direka oleh syarikat fesyen Salun Andree.

Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun sepanjang 3km atau bersamaan 1.85 batu tersebut sebagai gaun paling panjang di dunia sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. Kupasan sumber asal dari laman nydailynews.com.


0 comments:

Post a Comment

 

All Are Here Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates